Saturday, May 8, 2010

Salam Kesyukuran.........

Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw...syukur ke hadrat ILLAHI aku masih bernafas lagi hari ini, syukur yang teramat kerana orang2 kesayanganku masih lagi berada bersamaku...biar jauh tapi tetap ada dalam setiap nafas ini...

Sahabat, kawan, teman...kesemuanya punya maksud yang hampir sama cuma cara bagaimana ia diterjemah dan difahami oleh kita membuatkan maksudnya menjadi lebih atau kurang bermakna.
Rasa seronok dan bahagia bila tengok kawan2 melepasi peringkat ketiga kehidupan. Kecil, remaja, dewasa dan akhirnya tua...tapi tak semua ada peluang yang sama dan berjaya melengkapi semua peringkat yang diberi oleh Allah...ada yang kecundang separuh jalan, ada yang hampir tamat tapi tak kesampaian juga...itulah yang dijanjikan Allah, setiap orang punya peluang dan jalan hidup yang berbeza2...tapi kita manusia, acap kali ditimpa kesusahan mulalah mempersoal kenapa tuhan menduga aku? Kenapa orang lain tak rasa apa yang aku rasa...

Kesusahan, tangisan dan dugaan adalah tarbiyah yang cukup sinis dan tersirat..siapa yang boleh menduga apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita...kita melihat orang bahagia kenapa kita tak bahagia. TAPI bila orang lain berduka tidak pula kita persoal kenapa dia begitu dan sekali sekala baru kita berasa bertuahnya menjadi seorang kita...Saat ini baru aku faham kenapa Allah menjadikan kehidupan aku sebegini...Aku dan keluargaku terutama mak dan ayah juga diduga kesabaran oleh Allah...mampukah memikul tanggungjawab menjaga seseorang yang kurang upaya...pada awalnya aku mengaku aku rasa tidak mampu, payah, bosan, marah...dengan apa yang aku dapat...tapi lama kelamaan aku bersyukur kerana dugaan yang aku sekeluarga terima lebih kecil kalau dibandingkan dengan orang lain...

Disebalik setiap dugaan Allah sebenarnya memberi...memberi yang lebih baik..memberi kasih sayang, memberi kehidupan dan pengalaman yang berharga...Dia juga memberi ilmu pengajaran untuk sepanjang hidup kita di muka bumi ini. Ia adalah satu prosedur untuk mendapat apa yang dicita-cita oleh manusia...Dia cuba menunjuk jalan ke syurga itu bukan seperti menaiki kapal terbang yang segalanya selesa dan cepat..Dia cuba memberitahu jalan ke syurga itu seperti memasuki medan peperangan..kalah dan menang bergantung kepada sejauh mana pertahanan, sebanyak mana kelengkapan dibawa, dan sekuat mana azam untuk berjaya..susah..memang payah...

Tapi itulah hakikat dan fitrah untuk manusia..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hari ini dan semalam kerana esok belum tentu menjadi milik kita...

Syukur ya Allah kerana kehidupan yang Kau berikan ini adalah guru yang terbaik!